KEHADIRAN wakil kerajaan dalam Majlis Media Malaysia (MMM) tidak melibatkan pelantikan dalam kalangan ahli politik.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan wakil dibuat dalam kalangan pengamal media yang berkhidmat dengan kerajaan seperti RTM atau Bernama.
Tegasnya, isu tersebut bukan suatu perkara besar malah ia sudah dibincangkan bersama jawatankuasa penaja yang menyediakan draf berkenaan penubuhan MMM.
“Banyak dari majlis bukan hanya majlis media mempunyai wakil daripada pihak kerajaan. Jadi hal ini tidak menjadi isu dan kita telah bincang perkara ini dengan pasukan protem yang telah menyediakan draf tersebut(penubuhan MMM).
“Kehadiran dua wakil daripada kerajaan ini seperti timbalan menteri telah jawab dalam Parlimen bukan dari kalangan ahli politik.
“Mereka perlu menjadi warga media itu sendiri, contohnya daripada Bernama dan atau dari RTM. Jadi saya tak lihat ini suatu perkara yang janggal,” katanya pada sidang media, hari ini.
Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya 10 persatuan berkaitan media menyokong penubuhan MMM, namun menolak kehadiran wakil kerajaan sebagai ahli lembaga majlis itu.
Baca artikel lain: JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang ajaran Islam
Hasrat itu disuarakan Centre for Independent Journalism (CIJ); ARTICLE 19; Gerakan Media Merdeka (GERAMM); Justice for Sisters (JFS); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); Sinar Project; Amnesty International Malaysia; Malaysian Center for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR); National Union of Journalists Peninsular Malaysia (NUJM) dan KRYSS Network.
Ia turut disokong North South Initiative; Pusat Komas; Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH); SIUMAN Collective dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).
Kelmarin, industri media Malaysia melakar sejarah baharu apabila Rang Undang-Undang (RRU) MMM 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas 50 tahun penubuhannya dibincangkan.
RUU yang bertujuan antara lain menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mendapat sokongan majoriti selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal itu dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

