JEMAAH Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan isu Titah Adendum.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berharap, semua pihak menghormat titah tersebut dan menyerahkan isu ini kepada pihak mahkamah untuk membuat sebarang keputusan.
Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa, Jemaah Menteri tidak berbincang mengenai bentuk tindakan yang mungkin diambil ke atas mana-mana pihak yang dikenal pasti gagal menghormati ketetapan Al-Sultan Abdullah.
“Perdana Menteri telah merakamkan junjung kasih kerajaan terhadap titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah semalam seperti yang kita semua maklum.
“Tuanku sudah bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang berada di bawah proses undang-undang perlu dihormat dan titah tuanku agar semua pihak tidak membahaskan soal Titah Adendum.
“Kerajaan menjunjung kasih titah tuanku dan Insya-Allah dari segi pelaksanaan dan juga perkara-perkara berkaitan kerajaan akan teruskan,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Baca artikel lain: Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu – Teo Nie Ching
Hari ini, Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya semua pihak tidak lagi berterusan membahaskan soal Titah Adendum kerana perkara itu telah berada di bawah proses undang-undang.
Sehubungan itu,baginda mahu semua pihak menghormati kedudukan itu serta tidak lagi menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.
“Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.
“Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.
“Saya menyeru kepada semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara,” titah Sultan Pahang dalam kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

