KKM ambil langkah agresif tangani isu inflasi perubatan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

“Ia sedang dalam tindakan. Kita akan menangani perkara ini bukan dengan pendekatan DRG (kumpulan berkaitan diagnosis), bukannya penyelesaian mutlak yang boleh selesaikan inflasi kos perubatan tetapi lebih mustahak ia akan ambil pendekatan pelbagai hala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan ke bazar Ramadan Presint 3 dan pelancaran talian WhatsApp aduan kebersihan premis makanan, di Putrajaya hari ini.

Baca artikel lain: PBT disaran papar nombor kecemasan di bazar Ramadan

Dzulkefly berkata DRG bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit sekali gus membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans perubatan.

“…dan harapnya kita dapat melaksanakan DRG di samping satu lagi iaitu paparan harga ubat-ubatan.

“Di hospital sudah menerimanya, kalau di klinik pengamal perubatan am swasta (GP) mereka mahu diberi moratorium, mungkin sebulan dua lagi,” katanya.

Dzulkefly berkata pemaparan harga ubat secara telus boleh membantu mengurangkan harga premium insurans kesihatan dalam mengawal kos perubatan memandangkan syarikat insurans boleh menilai kos sebenar rawatan dengan lebih tepat.

Namun tindakan itu mendapat bantahan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) kerana berpandangan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik GP tidak relevan dan boleh mengelirukan pesakit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This