Mohd Shazli dilantik Pemangku CEO MFL

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pegawai Operasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd diumumkan selaku pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pentadbir liga Malaysia itu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Shazli itu bagi menggantikan Giorgio Pompili Rossi yang disahkan meninggalkan MFL, 20 Februari lalu.

MFL dalam kenyataan memaklumkan, Mohd Shazli berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak.

Menurut MFL, Mohd Shazli telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi sejak tahun 2018.

“MFL hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd sebagai pemangku CEO MFL berkuat kuasa pada 3 Mac 2025.

“Mohd Shazli berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak sebagai COO MFL bermula pada 2018 khususnya dalam membantu kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Pompili Rossi sah tinggalkan MFL

Pompili Rossi sah meninggalkan MFL pada 20 Februari lalu hanya selepas kira-kira lima bulan dilantik sebagai CEO MFL.

Bekas Delegasi LaLiga di Malaysia itu merupakan individu dari luar negara pertama dilantik sebagai CEO MFL.

Beliau melengkapkan carta organisasi MFL menggantikan posisi Datuk Stuart Ramalingam yang telah tamat kontrak selaku Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Ogos tahun lalu.

Pompili Rossi memulakan kerjaya pada tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial kelab Serie A dan meneruskan tugas di Sepanyol bersama Valencia CF sebelum menyertai LaLiga pada tahun 2017.

Beliau mula bertapak di Malaysia sebagai Delegasi LaLiga pada tahun 2017 hingga 2021 di mana beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol dan mempromosikan kelab-kelab Sepanyol dalam kalangan peminat bola sepak di negara ini.

Selepas itu, beliau melebarkan sayapnya sebagai Delegasi LaLiga Thailand yang berpangkalan di Bangkok sejak 2021 serta turut menjalankan operasi di Laos, Kemboja dan Myanmar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This