Remaja tingkatan 5 lemas, terjatuh ketika memancing

Dari Penulis

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing di laut berdekatan Jalan Pantai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Gelam, di Port Dickson semalam.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.28 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 23 anggota termasuk dua pegawai kanan selain dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Kemang, yang turut sama membuat pemantauan di pesisir pantai.

“Anggota PPDA terdiri daripada dua sektor membuat penyelamatan di permukaan air pada radius 50 meter dari pesisir pantai bagi mencari dan menyelamat mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di Lukut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This