MCMC diarah siasat stesen radio milik Astro persenda agama lain

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah stesen radio milik Astro yang didakwa mempersenda upacara agama lain.

Ia susulan video yang dimuat naik ke akaun media sosial stesen radio tersebut, pagi tadi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengarahkan MCMC untuk memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio tersebut.

Menurutnya, beliau telah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan penyampai stesen radio tersebut yang didakwa mempersenda agama lain.

Jelasnya, langkah memanggil pengurusan stesen radio itu adalah untuk memberi penjelasan.

Fahmi berkata, ia bagi memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.

Baca artikel lain: Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan – Fahmi

“Jadi, saya arahkan MCMC menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat MCMC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Portal media Free Malaysia Today (FMT) hari ini melaporkan penyampai radio 3 Pagi Era memohon maaf di atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Video berkenaan yang sudah diturunkan dalam platform media sosial stesen itu, memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana ia penghinaan kepada tradisi Hindu.

Dalam hantaran di akaun Instagram Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani memohon maaf atas video berkenaan dan mengakui ia tidak sensitif, terutama kepada bangsa India.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This