PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri mulai minggu depan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI dan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama kerajaan negeri serta agensi.
Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia.
Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri telah menetapkan bahawa agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal menjadi keutamaan tertingginya dalam perbincangan bersama pimpinan kerajaan negeri dan agensi.
Beliau berkata, sejak agenda itu diumumkan dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah menggerakkan semua Setiausaha Politiknya ke negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar.
“Usaha ini merangkumi peningkatan pendapatan golongan sasar, menyediakan peluang pekerjaan, akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan dan perumahan serta memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan isi rumah miskin.
Baca artikel lain: PM tegur tindakan sentuh isu 3R hanya gugat keharmonian negara
“Alhamdulillah, Perdana Menteri memaklumkan bahawa sehingga 31 Disember tahun lalu, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis berjaya mencapai sifar miskin tegar dan insya-Allah kejayaan ini akan diperluas ke negeri-negeri lain,” katanya dalam taklimat harian itu hari ini.
Dalam siaran langsung pertama Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, Sabtu lalu, Tunku Nashrul memaklumkan Perdana Menteri telah bersetuju untuk turun ke beberapa negeri sepanjang bulan Ramadan bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Pada masa sama, beliau berkata, Perdana Menteri juga akan bertemu masyarakat dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI.
“Butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

