PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugatkan keharmonian negara.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar mengelakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan.
Pada masa sama, katanya, Perdana Menteri juga mahu sikap hormat-menghormati dan kasih sayang diterapkan dalam hidup bermasyarakat.
“Perdana Menteri juga menekankan kepentingan seluruh rakyat untuk mendakap kemas prinsip Rukun Negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan.
“Untuk kita bersama mempertahan keharmonian serta menolak usaha dan tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri , hari ini.
Baca artikel lain: Trio penyampai 3 Pagi Era direhatkan sehingga diberitahu
Terdahulu, trio penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin direhatkan daripada ke udara berkuat kuasa serta-merta.
Ia susulan dakwaan penyampai tersebut mempersenda upacara agama lain dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun media sosial stesen radio berkenaan, pagi tadi.
Astro Audio dalam kenyataan memaklumkan, trio penyampai 3 Pagi Era itu direhatkan sehingga diberitahu kelak sementara siasatan dalaman dijalankan ke atas insiden tersebut.
Astro Audio turut melahirkan kekesalan atas insiden berkenaan yang telah dikongsi di platform media sosial Era FM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

