KERAJAAN Malaysia menegaskan komitmen untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 11 tahun lalu, jelas Kementerian Pengangkutan (MOT).
MOT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, United States National Transportation Safety Board (NTSB) dan Australian Transport Safety Bureau (ATSB) telah melantik wakil bertauliah bagi memberikan sokongan teknikal kepada misi tersebut.
Jelas MOT, kerajaan menghargai kerjasama erat dan bantuan daripada semua pihak yang terlibat dalam salah satu usaha pencarian paling kompleks dan mencabar dalam sejarah penerbangan.
“Hari ini menandakan genap 11 tahun sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Kerajaan Malaysia menegaskan komitmen untuk meneruskan operasi pencarian pesawat MH370.
“Meskipun masa terus berlalu, ia tidak mengurangkan rasa duka dan ketidakpastian kepada waris penumpang dan kru pesawat MH370,” jelas MOT.
Untuk rekod, Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, namun pesawat itu hilang dan tidak pernah dijumpai sehingga kini.
Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Disember 2024, kerajaan telah bersetuju untuk menerima cadangan daripada Ocean Infinity (United Kingdom) bagi memulakan semula operasi pencarian di kawasan baharu seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.
Menurut MOT, operasi itu akan dilaksanakan berdasarkan prinsip “tiada penemuan, tiada bayaran”, yang bermaksud tiada sebarang pembayaran akan dibuat melainkan bangkai pesawat ditemui.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

