Kerajaan takkan biarkan rakyat sendirian berdepan isu kos sara hidup – Armizan

Dari Penulis

KERAJAAN tidak akan membiarkan rakyat bersendirian mendepani isu kos sara hidup sebaliknya turut bersama mencari jalan untuk membantu meringankan beban tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini di antara cabaran dihadapi masyarakat pada hari ini yang terpaksa berdepan dengan peningkatan harga barang.

“Namun pada masa sama, kerajaan tidak menyerahkan bulat-bulat rakyat berhadapan dengan isu permintaan dan penawaran, harga barang yang meningkat, rakyat tidak dibiarkan begitu saja.

“Kita sentiasa mencari ikhtiar, sama ada program berbentuk mitigasi atau intervensi untuk kita membantu menyelesaikan isu-isu kos sara hidup bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyempurnakan program SIM@PAX Hari Raya Aidilfitri Serta Ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di Dewan Terbuka Tapak Tamu Mingguan Papar.

Baca artikel lain: PGA diarah tingkat rondaan di lokasi panas, pangkalan haram sepanjang Sungai Golok – Razarudin

Tambah Ahli Parlimen Papar itu lagi, isu kos sara hidup bukan hanya di Malaysia tetapi merupakan isu yang turut dihadapi masyarakat di peringkat global.

“Di mana-mana negara di dunia, masyarakat berhadapan dengan isu inflasi, begitu juga dengan isu kos sara hidup ini.

“Jadi saya ingin memaklumkan bahawa sebagai kerajaan, baik di Persekutuan mahupun negeri sentiasa komited untuk membantu mencari ikhtiar bagi menangani isu kos sara hidup,” katanya.

Armizan turut memberikan pelbagai contoh program bantuan tunai yang sedang dilaksanakan kerajaan bukan saja di peringkat Persekutuan tetapi juga di negeri.

“Di peringkat Persekutuan, terdapat program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kita ada Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan di peringkat negeri juga tidak lepas tangan apabila kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kerajaan negeri.

“Seterusnya kerajaan negeri memperkenalkan program baharu iaitu Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) di mana ketua isi rumah (KIR) yang disenarai e-Kasih layak menerima RM300 secara bulanan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This