PM sampaikan sumbangan kepada pesakit angin ahmar di Kuantan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

NASIB seorang pesakit angin ahmar di Bandar Baru Balok, Kuantan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Farhan memaklumkan, pesakit angin ahmar itu iaitu Kamaruzaman Othman kini hanya terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk menguruskan kehidupan seharian.

Menurut Ahmad Farhan, serangan strok telah merubah kehidupan Kamaruzaman apabilanya telah hilang keupayaan bekerja sehingga terputus punca pendapatan.

“Baru-baru ini, di Bandar Baru Balok, Kuantan, saya menziarahi Kamaruzaman Othman yang kini terlantar akibat penyakit angin ahmar.

Baca artikel lain: Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya, esok

“Dahulu, beliau gigih bekerja menyara keluarga, namun serangan strok telah merubah segalanya – keupayaan bekerja hilang, punca pendapatan terputus dan pergerakan menjadi terbatas.

“Kesempatan yang ada, saya menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan dan sokongan buat keluarga ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Ahmad Farhan berkata meskipun kehidupan boleh berubah tanpa diduga, Kamaruzaman tidak berjuang sendirian.

“Kita doakan agar beliau terus diberi kekuatan serta dikurniakan aafiyah oleh Allah SWT,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This