Lelaki didakwa membunuh ibu diarah jalani pemeriksaan mental

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Alor Setar hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini, menjalani pemerhatian mental selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah terhadap Abd Rahman Harun, 43, selepas pihak pendakwaan meminta tertuduh menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Dia didakwa membunuh Isah Salleh, 68, di sebuah rumah di Kampung Bok-Bok, Mukim Derga dekat Alor Setar antara 7 pagi hingga 8 pagi pada 2 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan minimum 12 kali sebatan.

Baca artikel lain: Ramal kematian sendiri, peramal ini dibunuh kekasih gelapnya dengan seluar dalam beracun

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh yang berkemeja-T kelabu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret kemudiannya mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk penilaian bagi memastikan sama ada tertuduh mempunyai masalah mental.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Huda Diyanah Amir Hamzah, manakala tertuduh belum diwakili peguam.

Kes akan disebut semula pada 10 April ini bagi mendapatkan status laporan penilaian mental berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This