AHLI-AHLI Pas diingatkan supaya sentiasa menjaga akhlak dan adab yang baik walaupun parti itu menjadi kerajaan mahu pun sebagai pembangkang.
Nasihat itu dinyatakan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam program Tamrin Qiadi Badan Perhubungan Pas Terengganu (BPPNT) menerusi hantaran di Facebook.
Ahmad Samsuri turut mengimbau semula kejayaan Pas semasa merampas semula Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.
Menurut Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu, ia merupakan suatu tarikh keramat bagi Pas kerana parti itu telah diamanahkan satu tanggungjawab yang amat besar oleh rakyat.
Beliau turut berharap Pas akan menjadi satu parti yang berterusan memberi manfaat kepada umat Islam dan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam apa juga cabaran mendatang.
Baca artikel lain: Samsuri tak pernah terfikir galas jawatan Presiden Pas
“Namun begitu, sebagai pembangkang mahu pun kerajaan, perlulah kita sentiasa menjaga akhlak dan adab yang baik.
“Lebih-lebih lagi sebagai kerajaan, kita akan lebih diperhatikan dan diharapkan oleh rakyat untuk membela nasib mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.
Bulan lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengingatkan ahli serta pemimpinnya supaya memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum disampaikan kepada orang ramai untuk mengelakkan saman sekali gus menjejaskan imej parti.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau memahami adakala sesetengah kenyataan dibuat bersifat peribadi namun dikaitkan dengan parti kerana kedudukan dan jawatan disandang.
Katanya, semua kenyataan mereka perlu disahkan kesahihannya untuk mengelakkan tindakan undang-undang lebih-lebih lagi kini risikonya semakin tinggi dengan perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

