Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya, esok

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar hari ini mempelawa orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai 5.30 petang hingga 8 malam.

Baca artikel lain: Ibu dan isteri sumber kekuatan PM Anwar

“Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu,” katanya.

Beliau berkata majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah MADANI” serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This