Kerajaan teruskan larangan rentas sempadan guna pangkalan haram di Sungai Golok

Dari Penulis

KERAJAAN berhasrat untuk meneruskan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang bermula Ahad lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan bahawa tindakan tersebut tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana pihak yang terbabit.

“Ya, kita akan teruskan dan tidak menerima sebarang bantahan berhubung perkara itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Laporan sebelum ini menyebut, polis akan menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand mulai 1 Disember.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang disabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, ditanya jika polis Thailand meminta bantuan mengesan beberapa suspek warga Malaysia disyaki terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan susulan tangkapan dua rakyat Malaysia di Thailand, Saifuddin berkata, belum ada permohonan diterima.

“Setakat ini kita tidak dimaklumkan dan kita akan beri maklum balas sehingga perkara itu berlaku,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This