AHLI Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan meneruskan inisiatif menyerahkan keseluruhan gaji dan elaun selaku wakil rakyat kembali kepada komuniti.
Terbaharu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengambil peluang menyampaikan bantuan menerusi semua gaji serta elaun kepada enam surau sekitar kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Dalam hantaran di Facebook, Ramanan memaklumkan, sumbangan tersebut dilakukan sempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini.
Menurut Ramanan, sebelum ini, beliau telah pun menyampaikan sumbangan kepada rumah ibadah lain seperti masjid, surau, tokong, kuil dan gereja.
“Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, saya mengambil peluang untuk menyampaikan bantuan yang diperuntukkan melalui keseluruhan gaji dan elaun saya kepada enam surau sekitar kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Baca artikel lain: Ramanan serah bantuan RM1.4 juta kepada 8 koperasi komuniti India
“Pada hari ini, antara surau yang menerima manfaat tersebut ialah Surau Madrasatul Falahiyah; Surau An-Najah Taman Subang Idaman; Surau At-Taqwa; Surau As-Salam; Surau Al-Mukim dan Surau Al-Hidayah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, Ramanan memberitahu, sebanyak RM580,000 daripada keseluruhan gaji dan elaunnya telah disumbangkan kepada hampir 100 rumah ibadah dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Katanya, pemberian itu dilakukan sejak beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh pada tahun 2022.
“Ini adalah janji yang saya buat semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan saya akan terus teguh berpegang pada prinsip ini selagi saya diberi kepercayaan dan mandat sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh.
“Saya yakin sumbangan yang diterima oleh rumah ibadat ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat.
“Kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

