Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani buat sementara waktu susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang memantau rapat situasi di ketiga-tiga wilayah tersebut.

Pada masa sama, Kementerian Luar turut menasihatkan warga Malaysia yang akan dan sedang berada di Yala, Narathiwat dan Pattani supaya sentiasa berwaspada.

“Mengambil kira perkembangan terbaru itu, warga Malaysia yang akan dan sedang berada di ketiga-tiga wilayah terbabit adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

“Kementerian juga meminta semua warga Malaysia untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah-wilayah berkenaan buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di wilayah tersebut untuk mendaftar keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

“Sekiranya berlaku kecemasan, warga Malaysia boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: PGA diarah tingkat rondaan di lokasi panas, pangkalan haram sepanjang Sungai Golok – Razarudin

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi melalui alamat: No. 4, Sukhum Road Muang District Songkhla Province Thailand atau nombor telefon: +6674 311 062 /+6674 316 274 dan +6693 657 0707 (kecemasan sahaja) selain email, [email protected].

Polis Thailand sebelum ini menyatakan berlaku letupan di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi, dan beberapa tembakan telah dilepaskan oleh sekumpulan penyerang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan Thailand maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 7.10 malam.

Penyerang dikatakan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melemparkan lima bom tangan ke arah pos kawalan di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Pasukan keselamatan kini menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian, dan orang ramai dinasihatkan mengelak laluan terjejas.

Sejak awal Ramadan, pihak berkuasa di Sungai Golok telah memperketat langkah keselamatan susulan peningkatan risiko serangan di kawasan sempadan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This