PEMUDA Pas mencadangkan kerajaan melantik Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam kalangan pembangkang sekiranya serius mahu melaksanakan reformasi institusi Parlimen.
Pengarah Komunikasi Strategik Dewan Pemuda Pas, Nazrul Nazir berkata, Speaker perlu bebas dari pengaruh politik, ini kerana terdapat beberapa keputusan yang diambil dilihat sebagai berat sebelah.
“Isu larangan penggunaan perkataan derhaka…menunjukkan tiada kebebasan mutlak dalam Parlimen. Jadi bagaimanakah kita mahu memastikan institusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini bebas dari pengaruh politik?
“Salah satunya adalah, melantik Timbalan Yang di-Pertuan dari kalangan Ahli Parlimen pembangkang supaya dapat meningkatkan keadilan dalam Parlimen.
“Selain itu, Speaker perlu meletakkan semua jawatannya dalam parti politik mereka seperti mana yang diamalkan di United Kingdom,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Jamal Abdillah, Yayasan Shapadu agih sumbangan bakul Ramadan
Kata beliau lagi, persoalan kini apakah kerajaan benar-benar serius mahu melaksanakannya dalam memastikan wujud kebebasan atau hak mutlak untuk bersuara.
“Adakah kerajaan bersedia…melaksanakan reformasi institusi Parlimen seperti yang dijanjikan atau ia hanya suatu wayang dan retorik sahaja atas nama reformasi?,” soalnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

