Polis buru tiga penjenayah samun RM46,000 dari hab syarikat kurier di Meru

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS sedang memburu tiga individu yang nekad melakukan aktiviti samun bersenjatakan parang terhadap sebuah hab pengumpulan dan pengoperasi syarikat kurier di Meru, semalam.

Video penuh kejadian samun: https://t.me/infoutusantv/9728

Kejadian tersebut turut tular apabila video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian tersebut tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 21 tahun yang merupakan kerani syarikat tersebut pada pukul 1.19 petang.

Menurut beliau, kejadian samun hab syarikat kurier itu berlaku sekitar pukul 12.26 tengah hari semasa proses pengiraan wang tunai dilakukan di hab tersebut.

“Kemudian sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna biru dengan nombor pendaftaran VLN 1809 yang disyaki menggunakan nombor palsu tiba di lokasi kejadian.

Baca artikel lain: Pukul murid sampai retak tulang hidung, polis tahan lelaki berusia 39 tahun

“Tiga orang suspek bertopeng muka dan bersenjatakan parang kemudiannya melarikan sejumlah RM46,000.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Vijaya Rao berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Fazlan Rezza di talian 011-10561017,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This