Santuni MADANI: KPM cakna pantau projek, pastikan siap dalam tempoh ditetapkan – Fadhlina

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan semua projek yang dilaksanakan di Kampung Kuak Hulu akan siap dalam tempoh yang sewajarnya, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa cakna perkembangan semasa berkenaan projek yang dilaksanakan di kampung itu kerana manfaatnya penting untuk masyarakat di situ.

“Macam gelanggang futsal (yang dinaik taraf) itu untuk kegiatan anak-anak muda, kemudian sekolah tempoh hari yang sedikit sebanyak ada isu keselamatan yang mesti kita selesaikan dalam tempoh paling segera.

“Alhamdulillah, komitmen semua agensi sangat baik dan kita akan terus memastikan bahawa selepas ini yang terkait rapat dengan fasiliti berkenaan akan terus diberikan perhatian,” katanya kepada pemberita pada Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan di Masjid Al-Bakri, Kampung Kuak Hulu semalam.

Pada 26 Sept lepas, Fadhlina memaklumkan Kampung Kuak Hulu dipilih untuk penganjuran Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan setelah melakukan penelitian mendalam oleh KPM.

Fadhlina berkata tindakan cakna terhadap perkembangan kampung yang dipilih itu juga antara tujuan Program Santuni MADANI supaya beliau sendiri sebagai pemimpin mengambil maklum perkembangan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan di kampung berkenaan.

“Kita (KPM) ada mesyuarat setiap bulan untuk memastikan semua proses kerja (naik taraf) itu berlangsung mengikut waktu dan tempoh yang ditetapkan. Pegawai-pegawai kami yang telah bekerja keras untuk memastikan semua perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat September lepas kebanyakannya selesai,” katanya.

Baca artikel lain: UNWRA buka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza

Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan di Kampung Kuak Hulu semalam adalah kesinambungan kepada program yang kali pertama diadakan pada September tahun lepas.

Pada program kali ini, Fadhlina mengunjungi bazar Ramadan Pengkalan Hulu untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bertempat di Masjid Al-Bakri, Kampung Kuak Hulu di sini.

Bersempena penganjuran Program Santuni MADANI pada kali ini, turut diadakan acara penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di kampung itu.

Pada masa sama, turut diadakan acara penyampaian cek cura oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU Perak) bagi inisiatif menaik taraf gelanggang futsal Kampung Kuak Hulu yang berjumlah RM200,000 dan padang bola sepak Padang Chong di sini sebanyak RM100,000.

Selain itu, kerja menaik taraf dan baik pulih tandas, tempat wuduk serta kerja-kerja berkaitan di Masjid Al-Bakri di sini, melibatkan kos sebanyak RM50,000.

Program Santuni MADANI ialah inisiatif kerajaan untuk memberi tumpuan kepada lokaliti di seluruh negara bagi menangani kemiskinan, dan meningkatkan akses pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, isu sosial, infrastruktur serta alam sekitar.

Usai majlis itu, Fadhlina kemudian menyertai solat tarawih di Pusat Islam, Kolej Vokasional Gerik.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This