PERKEP Malaysia, Yayasan Shapadu sumbang bakul makanan, duit raya kepada anggota yang memerlukan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERSATUAN Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia dan Yayasan Shahpadu mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan bakul Ramadan dan duit raya kepada anggota-anggota polis yang memerlukan.

Turut berkolabrasi memberi sumbangan tersebut ialah Al Kauthar Eduqids Southville City Dengkil.

Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman berkata, sumbangan itu diberikan kepada 50 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengalami masalah kesihatan kronik.

Jelas beliau, semua penerima yang menerima bantuan tersebut adalah dari enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Dang Wangi, Sentul, Brickfields, Cheras, Wangsa Maju dan Putrajaya.

“Saya amat berbesar hati dengan Yayasan Shapadu dan Al Kauthar Eduqids Southville City Dengkil yang sudi berkolaborasi memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini memberi inspirasi kepada PERKEP untuk lebih aktif memberi bantuan kepada anggota-anggota polis yang memerlukan.

“Saya berharap dengan sumbangan bakul makanan dan duit raya ini, sedikit sebanyak meringankan beban anggota-anggota yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Ber Bagi Ramadan yang berlangsung di The Grand Campbell Hotel malam tadi.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shaarani; Pengerusi Yayasan Shapadu, Datin Seri Ema Syuhaili Mohamad Sukor; Pengetua Al Kauthar Eduqids Southville City Dengkil, Siti Shafizah Shaarani,

dan Ketua Polis IPD Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Dalam pada itu, Ema Syuhaili berkata, sumbangan yang dilakukan itu adalah satu daripada acara wajib yang dilakukan Yayasan Shapadu.

Jelas beliau, Yayasan Shapadu sentiasa aktif memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira waktu.

“Yayasan Shapadu aktif memberi bantuan walaupun bukan di bulan Ramadan. Kita berasa puas dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya ringkas.

Senada dengan Ema Syuhaili, Siti Shafizah berkata, Al Kauthar Eduqids Southville City Dengkil berbesar hati untuk turut serta memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Siti Shafizah turut berharap agar sumbangan yang diberikan itu meringankan beban setiap penerima sekaligus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This