PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi meminta kerjasama berterusan dan sinergi baharu antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri sewaktu mengadakan lawatan ke beberapa negeri iaitu Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, sepanjang minggu lalu.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar percaya siri pertemuan dan perbincangan dengan kerajaan negeri itu amat penting.
Kata beliau, ia bagi mengemaskini serta menambah baik perkhidmatan buat rakyat keseluruhannya.
Tunku Nashrul turut memaklumkan, Perdana Menteri akan meneruskan siri lawatan ke beberapa negeri minggu ini iaitu ke Pulau Pinang, Terengganu dan Sabah.
Baca artikel lain: Had tempoh jawatan PM: Jangan jadikan bahan politik perkauman sempit
“Antara yang menjadi tumpuan dan fokus adalah soal kebajikan rakyat dari segi infrastruktur, pendidikan, kesihatan, projek tebatan banjir dan jalan raya selain beberapa isu lain yang akan terus dipantau oleh agensi-agensi terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia.
Pada 5 Mac lalu, Tunku Nashrul memaklumkan Perdana Menteri akan turun ke beberapa negeri untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI dan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama pimpinan utama kerajaan negeri serta agensi.
Langkah tersebut bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri telah menetapkan bahawa agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal menjadi keutamaan tertingginya dalam perbincangan bersama pimpinan kerajaan negeri dan agensi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

