MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dilakukan rejim zionis Israel sehingga mengorbankan lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Gaza, Sabtu lalu.
Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia juga mengeluarkan bantahan keras secara rasmi susulan kezaliman yang berterusan dilakukan Israel di bumi Palestin.
“Kita mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas untuk (misi) kemanusiaan seperti membantu pesakit dan sebagainya.
“Kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan,” katanya.
Baca artikel lain: Pas kutuk serangan Zionis korbankan 8 sukarelawan Mapim
Terdahulu, Anwar menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang, di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama barisan kepemimpinan kerajaan negeri.
Semalam, Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby dalam kenyataan memaklumkan lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara kejam dilakukan rejim zionis Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lalu.
Serangan tersebut berlaku pada pukul 1.30 petang waktu Gaza ketika para petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat genosid berterusan.
Lapan petugas kemanusiaan yang terkorban telah dikenalpasti sebagai; Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

