Serangan ke atas petugas kemanusiaan di Gaza pelanggaran nyata terhadap Konvensyen Geneva – Mohd Na’im

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERANGAN maut rejim zionis Israel terhadap beberapa petugas kemanusiaan di bawah seliaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, serangan terhadap mereka yang berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan adalah jenayah yang tidak boleh diterima dan perlu dikecam oleh seluruh masyarakat dunia.

Mohd Na’im berkata, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu yang jelas melanggar prinsip asas kemanusiaan.

“Saya menegaskan agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan terus membantu Palestin. Dunia tidak boleh berdiam diri terhadap kekejaman yang berterusan ini, yang hanya menambah penderitaan rakyat Palestin yang sudah sekian lama tertindas.

“Saya menggesa supaya rakyat Malaysia terus berdoa serta membaca Qunut Nazilah demi kemenangan Palestin dan terus memberi sokongan kepada perjuangan mereka.

“Kita perlu bersatu dalam menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban hidup saudara-saudara kita di Gaza yang semakin terhimpit dengan kezaliman yang berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, lapan petugas kemanusiaan MAPIM maut dalam serangan udara oleh rejim Israel di Beit Lahiya, utara Gaza.

Serangan berlaku jam 1.30 tengah hari, ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan Israel.

Lapan petugas kemanusiaan terkorban dikenal pasti Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad dengan semuanya ialah warga Palestin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This