KERAJAAN Persekutuan dan Petronas mengambil langkah proaktif dengan memberikan bantuan tunai RM5,000 kepada pemilik kediaman yang rosak sepenuhnya ekoran insiden kebakaran saluran paip utama gas bawah tanah Petronas berhampiran Putra Heights, Subang Jaya.
Individu terkesan yang lain pula akan menerima bantuan tunai berjumlah RM2,500.
Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan dan Petronas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor juga akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab untuk memulihkan kawasan perumahan yang terjejas.
Mengakui cabaran berbeza dengan bencana lain seperti banjir, Anwar berkata, langkah terperinci yang akan diambil mungkin akan memakan masa yang panjang.
Justeru, beliau juga telah meminta semua jentera kerajaan termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan rapat umum memberikan cadangan dengan turut mengundang wakil penduduk.
“Rumah-rumah ini, dari perbincangan kita dengan KPKT, Kerajaan Negeri (Selangor) dan Petronas tidak mungkin dapat dipulihkan dalam masa yang terlalu singkat.
Baca artikel lain: Kebakaran saluran gas dipadam sepenuhnya, 305 mangsa diselamatkan – Amirudin
“Jadi sekarang ini, Petronas dengan seluruh pasukan kerajaan sedang berbincang bagaimana kita mampu mengambil tindakan yang sementara tapi agak munasabah. Tidak seperti (bencana) banjir yang kadang-kadang seminggu atau dua (boleh pulang ke rumah), ini mungkin setahun atau lebih.
“Tetapi tanggungjawab memulihkan kawasan perumahan ini, perbaiki atau ganti akan kita ambil sepenuhnya.
“Dengan itu saya harap jangan bimbang. Cuma mengambil masa sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke lokasi kejadian, sebentar tadi.
Kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor itu berjaya dipadam sepenuhnya pukul 3.45 petang tadi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 305 mangsa insiden kebakaran itu berjaya diselamatkan setakat pukul 5 petang ini.
Beliau berkata mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan Pusat Perubatan Hospital Subang Jaya, Sunway Medical Centre, Hospital Serdang serta Hospital Putrajaya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

