JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 163 dokumen kenderaan gantian secara percuma kepada mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, dokumen di bawah inisiatif Kaunter Bergerak JPJ Mobile di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights itu beroperasi sehingga semalam.
Perkhidmatan cetakan dokumen gantian secara percuma berkenaan melibatkan 114 Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), 28 dokumen Lesen Memandu Kompeten (CDL), 17 dokumen Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan empat dokumen Lesen Vokasional (GDL).
“JPJ turut menerima 19 permohonan pembaharuan CDL serta memberikan 58 khidmat nasihat kepada mangsa kebakaran di Putra Heights berkaitan insurans kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Polis cari lelaki lempang muka warga India
Aedy Fadly menambah inisiatif kaunter bergerak dilaksana untuk meringkankan beban mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan secara percuma tanpa perlu membuat laporan polis.
Terdahulu, insiden kebakaran saluran gas Petronas pada Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius, dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Sebanyak 219 rumah dilaporkan terjejas dalam insiden itu, manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 38 daripada keseluruhan 146 mangsa tragedi itu masih dirawat di hospital dan klinik, merangkumi 18 mangsa di hospital kerajaan manakala 20 lagi di kemudahan kesihatan swasta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

