Kes lelaki mengamuk ditembak pengawal keselamatan sedang disiasat – Polis

Dari Penulis

POLIS membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan ke arah seorang individu bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah restoran di Banting, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan membuat laporan polis pada jam 12.05 tengah hari, memaklumkan adik lelakinya mengamuk di rumah mereka sebelum anggota kereta peronda dikerahkan ke lokasi bagi membawa suspek ke Hospital Banting untuk rawatan.

“Kira-kira jam 3.31 petang, polis menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki mengamuk dan bertindak mengacukan parang ke arah pegawai perubatan di sebuah restoran di Banting.

“Selain itu, pengadu memaklumkan ada tembakan dilepaskan ke arah lelaki berkenaan.

“Susulan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Akmalrizal turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, selain meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan sebelum pengawal keselamatan yang berada di lokasi melepaskan tembakan menggunakan senapang patah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This