LAWATAN Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu ke Malaysia dilihat akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal itu khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pembangunan belia dan sukan.
Katanya, Maldives juga merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.
“Malaysia amat menghargai komitmen Maldives untuk terus mempereratkan kerjasama strategik yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
“Pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dan dua dokumen Pertukaran Nota (EoN) yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Muizzu dijangka akan memperluaskan lagi kerjasama dalam pelbagai sektor penting antara kedua-dua negara.
“Semoga hubungan mesra ini terus berkembang kukuh dan memberi impak positif kepada kesejahteraan serta kemakmuran bersama. Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.
Untuk rekod, antara perkara penting MoU antara kerajaan Malaysia dan Maldives adalah dalam bidang pelancongan dan kerjasama dalam bidang sukan serta bidang kesihatan.
Sementara dua EoN yang ditandatangani pula merangkumi bidang latihan diplomatik dan penubuhan perundingan dua hala antara Malaysia dan Republik Maldives.
Ahmad Zahid turut menghadiri majlis sambutan rasmi ketibaan Mohamed Muizzu, yang kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.
Mohamed Muizzu tiba di Malaysia semalam atas jemputan Perdana Menteri dan ini merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada November 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

