MALAYSIA dan Maldives mengukuhkan komitmen sebagai rakan strategik dalam pembangunan sukan global melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau bersama Menteri Luar Maldives, Dr Abdulla Khaleel bersepakat merangka transformasi besar dalam ekosistem sukan kedua-dua negara.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Dua Hari Antara Malaysia dan Maldives sempena Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu ke Malaysia yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Hannah berkata, kerjasama itu akan memberikan tumpuan kepada tiga tunjang utama iaitu program latihan berprestasi tinggi; pembangunan kapasiti pengurusan sukan dan inisiatif kolaborasi penyelidikan.
“Bagi program latihan berprestasi tinggi, ia melibatkan pertukaran atlet dan jurulatih bagi meningkatkan kemahiran teknikal dan daya saing antarabangsa.
“Pembangunan kapasiti pengurusan sukan pula melibatkan bimbingan profesional untuk pegawai sukan dalam aspek kepimpinan, teknologi, dan pentadbiran moden.
“Manakala, inisiatif kolaborasi penyelidikan pula melibatkan perkongsian data saintifik dan inovasi dalam latihan, pemulihan atlet, serta pencegahan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, pertukaran MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muizzu.
Kata Hannah, pertukaran MoU itu bakal menjadi teras kerjasama untuk melonjakkan kecemerlangan atlet, memperkasa kepakaran pengurus sukan dan menyatukan visi menjadikan sukan sebagai pemacu hubungan dua hala yang progresif.
Beliau berkata, melalui MoU yang disaksikan itu, Malaysia akan menerajui usaha pertukaran pengetahuan dengan Maldives termasuk penggunaan fasiliti sukan bertaraf dunia seperti Institut Sukan Negara (ISN) dan Program Podium.
“Saya optimis bahawa sinergi ini bukan sahaja membina atlet berkaliber tetapi mampu meletakkan Asia Tenggara dan Asia Selatan sebagai hab sukan yang dinamik di peta global,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

