Malaysia, Maldives bersatu dalam seruan hentikan genosid di Palestin – PM Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Maldives berkongsi aspirasi yang sama dalam menegakkan komitmen antarabangsa dan berusaha untuk menghentikan genosid di Palestin.

Dalam sidang media bersama Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, Anwar memuji keputusan berani Muizzu untuk menghalang pemegang pasport Israel daripada memasuki Maldives, menggambarkan ia sebagai pendirian yang berani dan berprinsip terhadap keganasan yang berterusan berlaku.

Perdana Menteri berkata sejak kemerdekaan, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel, terutamanya kerana penolakan mereka untuk menghormati hak asasi manusia, menghormati komitmen antarabangsa dan menghentikan tindakan genosid di Palestin, khususnya di Gaza.

“Kami (Malaysia dan Maldives) berkongsi sentimen dan aspirasi yang sama dan saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa kami sememangnya memberi penghormatan tinggi dan pujian kepada beliau (Presiden Maldives) atas keberanian dan pendirian berprinsipnya,” kata Anwar.

Muizzu, yang tiba semalam untuk lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Sambutan itu menandakan lawatan Muizzu buat kali pertama ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan presiden pada November 2023, selepas menerima jemputan Perdana Menteri.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This