JPN nafi pegawai KDN kunjungi rumah untuk membuat pengesahan kad pengenalan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terdapan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjungi rumah untuk membuat pengesahan kad pengenalan.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penafian itu dibuat selepas tular kembali satu gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat pegawai KDN mengunjungi rumah untuk membuat pengesahan kad pengenalan.

Tegas JPN, individu dalam gambar tersebut bukan kakitangan JPN atau mana-mana agensi di bawah KDN.

“Gambar tersebut merupakan gambar lama yang ditularkan kembali. Penafian pernah dibuat oleh KDN pada 9 September 2024 dan turut disiarkan oleh portal SEBENARNYA.MY.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum berkongsi. Ingat, tidak pasti, jangan kongsi,” menurut kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This