KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan pada 24 April lalu menyaksikan enam anak-anak Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) mencatat keputusan 6A ke atas daripada 36 yang menduduki peperiksaan.
Paling membanggakan adalah Isma Daniel Khairul Syakirin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah yang memperoleh 10A dalam peperiksaan tersebut.
Susulan daripada itu, YKM hari ini meneruskan tradisi ziarah kasih sempena Program Hadiah Kecemerlangan SPM 2024 ke rumah Noor Syahida Mohd Suyud iaitu ibu kepada Isma Daniel di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.

Isma Daniel bersama-sama lima orang adiknya kini disara sepenuhnya oleh Noor Syahida selepas kehilangan suami tercinta, Khairul Syakirin Abdul Wahab pada 10 Mac 2022 akibat pandemik COVID-19.
Noor Syahida yang berpendapatan sebanyak RM1,500 sebulan menjadikan bantuan bulanan YKM sebagai sokongan tambahan untuk memastikan anak-anaknya terus berjaya dalam bidang pendidikan.
Baca artikel lain: Hubungan diplomatik Malaysia-Mesir semakin akrab bawah Kerajaan MADANI
Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menziarahi keluarga tersebut berkata, pencapaian Isma Daniel dan lima lagi anak-anak YKM dalam SPM 2024 adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.
“Alhamdulillah, kejayaan mereka ini merupakan bukti bahawa bantuan yang disalurkan oleh YKM adalah selaras dengan visi dan misi YKM iaitu memastikan pendidikan anak-anak ini terus terbela.
“Sering saya tegaskan bahawa pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib diri sendiri dan keluarga.
“Harapan saya agar kejayaan yang telah diperolehi ini bakal menjadi batu loncatan kepada semua anak YKM untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada majlis tersebut, Ismail Sabri menyampaikan Hadiah Kecemerlangan SPM 2024 kepada Isma Daniel termasuk barang keperluan asas, selain peralatan elektrik seperti periuk nasi dan periuk elektrik serba guna.
Terdahulu, Pengerusi YKM telah berkunjung ke rumah Rohana Nawari bagi menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada anak beliau, Alia Batrisyia Abu Hassan yang memperoleh 9A.
Manakala, empat lagi anak-anak YKM cemerlang SPM 2024 juga akan menerima hadiah kecemerlangan yang disalurkan terus ke akaun bank masing-masing.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

