MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat wartawan hiburan yang disegani Md Nasir Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, yang meninggal dunia hari ini.
Pada masa sama, Fahmi turut merakamkan takziah kepada keluarga serta kenalan rapat jurugambar veteran The New Straits Times Press (M) Berhad Dzulkifli Mustapha yang menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.
Dalam hantaran di Facebook, Fahmi turut menyifatkan industri media tanah air kehilangan dua figura yang banyak menabur jasa dan bakti dalam bidang diceburi.
“Satu ketika dahulu, mereka antara perakam dan pelapor detik-detik bersejarah, selain menyampaikan pelbagai kisah yang mewarnai kehidupan masyarakat negara ini.
Baca artikel lain: Wartawan hiburan ‘Terjah’, Nas Ahmad meninggal dunia
“Sama-sama kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Nas Ahmad, 63, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat kekurangan oksigen pada pukul 9.49 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Zon Kecemasan Hospital Sungai Buloh selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam akibat paras oksigen rendah.
Dzulkifli, 65, pula meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada kira-kira 1 tengah hari semalam akibat kanser usus.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

