Hati-hati pautan mesej palsu mengenai bantuan SARA – MoF

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG ramai dinasihatkan berhati-hati sekiranya menerima mesej pautan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kewangan dalam hantaran di Facebook memaklumkan, mesej bantuan SARA 2025 RM200 yang disebarkan melalui WhatsApp itu adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan klik dan elak jadi mangsa penipuan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Kementerian Kewangan pada 26 Mac lepas mengumumkan peluasan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Baca artikel lain: Musim hujan jejas rezeki penoreh getah, bantuan STR, SARA jadi penyelamat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata peluasan itu sebahagian daripada peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun ini, jumlah tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai kerajaan kepada rakyat.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada 2024.

Selain makanan asas, kredit SARA juga boleh digunakan untuk membeli barangan kebersihan diri, ubat-ubatan serta peralatan persekolahan.

Bermula 1 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk menambah kategori barangan yang boleh dibeli di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) susulan permintaan meluas daripada penerima.

Penambahbaikan itu menyaksikan barangan asas yang dibenarkan ketika ini meliputi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This