Ismail Sabri dijangka beri keterangan kali kelapan kepada SPRM esok

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka memberi keterangan buat kali kelapan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok.

Memetik laporan BH Online, Ismail Sabri dikatakan perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, laporan itu memetik sumber memberitahu ia ditangguhkan ke esok.

Difahamkan, proses menyambung keterangan itu masih berlaku kerana terdapat pelbagai dokumen yang perlu disahkan beliau.

“Pegawai penyiasat akan merakam keterangan Ismail Sabri pada pagi esok,” kata sumber itu.

Hujung bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram baru melibatkan sekitar 15 ke 20 peratus setakat ini.

Baca artikel lain: Siasatan terhadap Ismail Sabri baru 20 peratus, dipanggil semula dua minggu lagi – Azam Baki

Pada masa sama, Azam memberitahu, pihaknya akan memanggil semula Ismail Sabri untuk dirakam keterangan kira-kira dua minggu lagi.

Sebelum ini, Ismail Sabri sudah tujuh kali dipanggil SPRM, dengan kali terakhir pada 24 April lalu.

Ahli Parlimen Bera disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac lalu, Azam memaklumkan, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram (kg) jongkong emas di dalam sebuah “safe house”, hasil serbuan SPRM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This