LANGKAH untuk mengangkat Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR disifatkan cerminan kesungguhan parti itu untuk meneruskan tekad Islahiyy dan memperkukuh parti.
Malah, tindakan supaya Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua PKR itu juga mengangkat keterlibatan pemimpin muda dan wanita dalam agenda pemberdayaan rejuvenasi politik negara.
Perkara itu dinyatakan Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek yang turut menyatakan sokongan supaya Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Fadhlina dalam kenyataan menegaskan, langkah menyokong Nurul Izzah itu bertepatan dengan kehendak akar rumput parti yang inginkan perubahan dalam PKR yang berpaksikan kestabilan, kesinambungan dan kesetiaan kepada parti.
Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah tokoh pimpinan muda yang lahir dalam arus centang perenang ketika PKR membina kekuatan di akar umbi.
“Beliau ada di setiap fasa, bermula dari gelombang merakyatkan reformasi, penubuhan parti Keadilan, mencipta sejarah sebagai pasukan pembangkang terkuat dalam sejarah negara sehinggalah pembentukan Kerajaan MADANI.
“Saya mendukung penuh sahabat saya, saudari Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden Keadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Rekod perjuangan reformasi Nurul Izzah  mampu atasi ‘kepintaran’ formula Rafizi
Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata, beliau telah melihat kepimpinan Nurul Izzah dalam memimpin parti dan memenangi pilihan raya selaku Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Parti.
Katanya, Naib Presiden PKR itu juga cukup istiqamah berjuang dalam isu-isu kemanusiaan dan pemberdayaan wanita di peringkat antarabangsa.
“Komitmen beliau yang cukup vokal dalam isu Palestin, kemiskinan multi dimensi, keselamatan wanita, keluarga dan kanak-kanak menjadikan beliau pemimpin figura yang diperlukan parti.
“Sebahagian besar akar umbi parti telah menyatakan sokongan penuh kepada Nurul Izzah untuk bertanding dan berfungsi secara efektif dengan ‘letak duduk’ sebagai orang dua dalam parti.
“Ini bukan soal anak siapa. Ini bukan soal lelaki atau wanita. Ini bukan soal fraksi siapa. Ini soal kelangsungan sebuah parti keramat yang memerlukan tokoh rejuvenasi parti.
“Nurul Izzah, selayaknya saudari di posisi Timbalan Presiden, menavigasi parti ini bersama seluruh kekuatan angkatan dan pimpinan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

