Isu Petronas-Petros: Putrajaya, Sarawak sepakat selesai secara rundingan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PUTRAJAYA dan Sarawak bersepakat untuk menyelesaikan isu-isu melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan.

Kata sepakat itu dicapai menerusi pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Pertemuan tersebut turut disertai kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra, Putrajaya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan, pertemuan berkenaan telah berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

Menurut PMO, Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros.

Katanya, langkah berkenaan penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh serta dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.

Baca artikel lain: Isu Petronas-Petros: PM minta semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan

“Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan,” katanya dalam kenyataan itu.

Ahad lalu, Perdana Menteri menyeru semua pihak untuk menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar kepentingan bersama berhubung isu antara Petronas serta kerajaan Sarawak menerusi Petros dalam sektor minyak dan gas.

Anwar berkata, beliau telah bercakap dengan Abang Johari dengan perbincangan menjurus kepada urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

Pertikaian berhubung isu itu semakin memuncak apabila Petronas mengakui menerima notis undang-undang daripada kerajaan Sarawak memaklumkan anak syarikatnya, Petronas Carigali, beroperasi secara haram di Sarawak dan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016.

Petronas Carigali diberi tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen yang diperlukan yang mana jika gagal yang boleh membawa kepada penalti kewangan di bawah Seksyen 21A ordinan itu.

Sebelum itu, Petronas gagal mendapatkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuching untuk menghentikan saman yang difailkan syarikat petroleum Sarawak, Petros untuk menghalang mahkamah daripada mendengar saman berkenaan pembayaran gas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This