YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) terus komited membangunkan potensi diri anak-anak yatim dan yatim piatu kendaliannya ke arah mencapai kecemerlangan.
Justeru, YKM telah menghimpunkan 40 anak-anak YKM dalam Kem Semarak Harapan Anak Bangsa bermula 9 sehingga 12 Mei bertempat di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti.
Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang julung kali diadakan ini adalah inisiatif berterusan yayasan ini dalam melahirkan generasi bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, malah kalis cabaran di masa depan.
“Kem Semarak Harapan Anak Bangsa ini dirangka khas untuk membangunkan kekuatan fizikal, mental, emosi dan sosial anak- anak YKM ekoran trauma yang dialami selepas kehilangan ahli keluarga tercinta akibat Pandemik COVID-19.

Baca artikel lain: 251 calon tawar diri bertanding Pemilihan PKR 2025 peringkat Pusat
“Keunikan kem ini juga adalah modul dan pengisiannya yang menggunakan elemen berkuda dan memanah sebagai alat pembelajaran, terapi dan pembangunan kendiri sambil memupuk semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran seperti sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pengerusi YKM juga turut menzahirkan harapan kepada anak-anak ini agar terus menimba ilmu dan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi kerana pendidikan adalah aset penting yang dapat mengubah kehidupan seseorang ke arah lebih baik.
Pengerusi YKM turut meluangkan masa bersama anak-anak YKM di kem Ladang Alam Warisan pada hari pertama sewaktu aktiviti ‘ice breaking’ bagi mengenali dengan lebih rapat setiap anak-anak yang menyertai kem selama empat hari ini.
Kem ini yang turut dikendalikan oleh pihak Ladang Alam Warisan akan menerapkan beberapa nilai penting dalam pengisian program yang akan dipecahkan kepada lima fasa iaitu jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan, pemikiran secara kritis dan keusahawanan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

