Nahas FRU: KDN hantar kaunselor bantu waris hadapi detik sukar – Saifuddin Nasution

Dari Penulis

SATU pasukan kaunselor ditugaskan untuk memberi sokongan emosi kepada waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Teluk Intan, semalam dalam mengharungi detik sukar kehilangan orang tersayang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, bantuan kewangan juga disalurkan kepada waris dan keluarga mangsa.

“Pasukan ini khusus untuk berada dan memberikan khidmat kepada keluarga supaya mereka mengharunginya dengan baik, kita tidak boleh memandang ringan kejutan dialami mereka. Baru semalam orang yang mereka sayangi itu ada bersama mereka, tetapi hari ini sudah tiada,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menziarahi waris anggota FRU Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, antara sembilan yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam itu.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, wakili PM

Pada lawatan itu, Saifuddin Nasution menyantuni ibu mentua Damarrulan iaitu Zamilah Mohd Nor, 65, balu Haswati Rosdi, 44, serta tiga anaknya di Kuarters FRU Unit 5, Sungai Senam.

Saifuddin Nasution berkata bantuan kewangan daripada kementeriannya termasuk bantuan wang tunai RM1,200 kepada setiap keluarga mangsa bagi urusan pengebumian jenazah.

Beliau juga telah mengarahkan pasukan bagi membantu proses penyaluran insurans berkelompok kepada waris dapat disegerakan.

“Saya diberi jaminan hari itu ia (proses bayaran) diselesaikan secepat mungkin. Maknanya cuma dalam dua atau tiga minggu,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi telah memutuskan agar pasukan petugas yang dibentuk Kementerian Pengangkutan segera membentangkan laporan dalam sebulan berkaitan nahas berkenaan selain siasatan terperinci daripada pihak polis terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kejadian itu.

Semalam, sembilan anggota FRU dari Unit 5 di Sungai Senam di sini maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera apabila kenderaan pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, pada 8.50 pagi semasa mereka dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas tamat tugas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This