‘Saya bukan raja formula, hanya ada fakta’, Ramanan jawab Rafizi

Dari Penulis

TIMBALAN Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan sasaran bahawa parti itu mampu memenangi sehingga 80 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berpandukan kepada fakta.

Memetik laporan Sinar Harian Online, sasaran yang diletakkan itu bukanlah berdasarkan ‘formula’ kerana beliau bukan seorang ‘raja formula’.

Calon Naib Presiden PKR itu turut menyifatkan sasaran 80 kerusi itu berasaskan rekod pencapaian parti dan bukan sekadar retorik atau angan-angan politik.

Ramanan turut memberi contoh kemenangan PKR memenangi 50 kerusi pada PRU-14 di bawah pimpinan calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan angka lebih besar bukan sesuatu yang mustahil.

Baca artikel lain: Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi persaingan sihat dalam keluarga – Nik Nazmi

“”Beliau (Nurul Izzah) adalah ‘raja perang’ kita dan perlu bawa dia balik untuk (menghadapi) PRU16, sebab itu saya menyatakan mungkin menang 50, 60, 70, malah 80 kerusi, jadi apa salahnya ada harapan?”

“Saya tiada formula, cuma ada fakta sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramanan turut mengingatkan ahli politik supaya tidak hanya beretorik tanpa mendengar pandangan orang lain.

“Ahli politik bila kita bagi mikrofon, dia tidak akan berhenti bercakap dan tidak mahu mendengar, sebaliknya kena buka telinga, kalau tidak, saya boleh tolong beri alat pendengaran,” jelas beliau.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ramanan bahawa parti itu berpotensi memenangi sehingga 80 kerusi parlimen pada PRU16 sebagai tidak berpijak pada realiti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This