TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan berundur dari Kabinet dengan menyatakan perkhidmatannya sebagai Menteri Ekonomi mungkin tidak lama.
Beliau menyatakan perkara itu ketika menekankan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.
“Kehadiran saya di sini bersifat sementara, dan akhirnya akan ada Menteri Ekonomi lain yang menggantikan saya.
“Namun apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Dasar luar Malaysia bolehkan negara jalin kerjasama tanpa tekanan – Mohamad
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

