MCMC, Kementerian Pertahanan meterai perjanjian pembangunan sistem radar pertahanan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan mengenai pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perjanjian telah ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan Kementerian Pertahanan yang diwakili oleh Ketua Setiausahaya, Datuk Lokman Hakim Ali.

Majlis tandatangan diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA) yang turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Mejar Jeneral Datuk Muhammad Tarminzi Mustapha yang mewakili Panglima Tentera Udara.

Baca artikel lain: Kuota NEM Rakyat ditambah 100MW, PETRA kaji mekanisme baharu program solar di bumbung

“Perjanjian ini adalah simbolik kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa keupayaan serta kesiapsiagaan sistem pertahanan negara menerusi penyediaan infrastruktur ketenteraan kritikal berteraskan teknologi komunikasi dan keselamatan.

“Selain itu, perjanjian ini turut melambangkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa keselamatan negara melalui pendekatan kolaboratif antara sektor awam dengan pertahanan,” kata MCMC dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi perjanjian ini, MCMC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bersama-sama melaksanakan inisiatif strategik menyeluruh bagi pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh TUDM.

Sistem radar yang baharu ini bakal memperkukuh keupayaan pemantauan dan kawalan ruang udara di wilayah selatan Semenanjung Malaysia dan secara langsung menyumbang kepada pengukuhan keselamatan dan kedaulatan negara.

Sokongan ini adalah sejajar dengan pendekatan Whole-of-Government (WoG) yang mengutamakan sinergi antara agensi bagi mencapai aspirasi nasional.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This