Hari Wartawan Nasional 2025: Teruskan komitmen, amalan beretika sampaikan maklumat sahih – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GOLONGAN wartawan dinasihatkan supaya meneruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang disambut secara rasmi hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi menyifatkan komitmen dan amalan beretika golongan wartawan penting bagi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti.

“Sempena Hari Wartawan Nasional 2025! Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai.

“Teruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih, demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Wartawan ‘mata, telinga, pena’ corakkan pemahaman masyarakat – Fadillah

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

Majlis Prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada 3 Jun depan.

Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, adalah acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This