PROFESION sebagai seorang wartawan merupakan ‘mata, telinga dan pena’ yang mencorakkan pemahaman rakyat.
Itu penghargaan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sempena Hari Wartawan Nasional yang disambut secara rasmi hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyifatkan wartawan bukan sekadar penyampai berita.
Sebaliknya, kata beliau, wartawan adalah mata yang melihat realiti, telnga yang mendengar denyut nadi rakyat dan pena yang mencorakkan pemahaman masyarakat terhadap perkara-perkara penting serta dasar kerajaan.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakan-rakan media tanah air di atas komitmen dan pengorbanan kalian semua dalam melaksanakan amanah demi rakyat serta negara.
“Saya percaya, media yang bebas dan bertanggungjawab adalah rakan strategik kerajaan dalam membina negara yang progresif, bersatu dan berdaya tahan.
“Selamat Hari Wartawan Nasional 2025. Teruskan menyuara kebenaran. Teruslah menjadi suara rakyat,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Baca artikel lain: Petugas media dijemput sertai pesta pantun sempena HAWANA 2025
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, peranan wartawan yang berpegang kepada prinsip ketelusan, tanggungjawab dan integriti amat dihargai apatah lagi dalam landskap media yang kian mencabar.
“Tanpa usaha kalian semua, demokrasi tidak dapat berfungsi dengan matang dan suara rakyat mungkin tenggelam dalam gelombang maklumat yang mengelirukan,” katanya.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.
Majlis Prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada 3 Jun depan.
Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.
HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, adalah acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

