Kecekapan, semangat berpasukan faktor kejayaan Malaysia tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN

Dari Penulis

KECEKAPAN, dedikasi dan semangat kerja berpasukan semua pihak menjadi faktor utama kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata segala urusan berjalan lancar hasil komitmen luar biasa daripada jentera kerajaan, termasuk rakyat yang memahami keperluan Malaysia dalam menganjurkan sidang kemuncak berkenaan.

“Saya lihat di semua peringkat, anak-anak kita, penjawat awam, semuanya hebat. Dari lapangan terbang, perbarisan, polis, Imigresen, MAHB (Malaysia Airports Holdings Bhd), pengurusan hotel, Kementerian Luar yang menyelaraskan, (hingga) Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan protokol.

“Saya pun pening dengan protokol, tapi saya hormat apa yang pegawai arahkan perdana menteri.

“Saya ikut (semua aturan protokol), kenapa? Sebab kita negara yang ada peraturan dan bekerja sebagai pasukan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berakhir 27 Mei selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.

Baca artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN: Penganjuran berjaya, dapat liputan meluas – Fahmi

Sepanjang dua hari, pemimpin ASEAN menyertai beberapa mesyuarat penting termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, dan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16.

Anwar turut menyentuh tentang kerjasama pemimpin negara ASEAN dalam membuat keputusan kolektif tanpa menjejaskan kepentingan negara masing-masing.

“….kemudian kita kena putuskan tentang persefahaman dalam menghadapi tarif Presiden Trump (Presiden Amerika Syarikat Donald Trump). Setiap negara ada strategi masing-masing yang akan ada hubungan dua hala. Tetapi kita juga nak pertahankan kepentingan lebih 650 juta populasi negara ASEAN.

“…dan jangan ada satu keputusan dibuat oleh Malaysia merugikan negara lain, atau yang dibuat oleh Vietnam (sebagai contoh) merugikan negara lain. Kita kerja sebagai pasukan,” katanya.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This