‘Aduh! Gagal lagi Manchester United menang piala’, PM ucap tahniah kemenangan ASEAN All-Stars

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan ASEAN All-Stars yang berjaya menewaskan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dalam perlawanan persahabatan, malam tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut berseloroh tentang kegagalan Manchester United untuk menjulang piala.

“Aduh! Gagal lagi Manchester United menang piala. Pening kepala juga hangpa (anda semua) musim depan. Harap tak turun Championship.

“Tahniah ASEAN All-Stars, hangpa (anda semua) memang PADUUU!,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada aksi persahabatan pascamusim yang dikenali sebagai Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, ASEAN All-Stars menewaskan Manchester United 1-0 menerusi jaringan Maung Maung Lwin dari Myanmar pada minit ke-72.

Baca artikel lain: Anwar saksi Manchester United tewas kepada ASEAN All-Stars

Pasukan ASEAN All-Stars yang dibarisi pemain dari negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia (AFF) termasuk Australia, dikendalikan jurulatih dari Korea Selatan Kim Sang-sik manakala penyerang naturalisasi Harimau Malaya bertindak selaku ketua pasukan.

Perlawanan yang menarik lebih 72,500 penyokong dari dalam dan luar negara itu turut dihadiri Anwar yang meluangkan masa daripada jadual padatnya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kejutan berlaku apabila ASEAN All-Stars menundukkan Manchester United 1-0 hasil jaringan Maung Maung Lwin dari Myanmar pada minit ke-72, sekali gus menambah derita kelab itu selepas musim mengecewakan di EPL.

Sebaik perlawanan tamat, Anwar menyampaikan pingat dan trofi kepada pemain.

Pertemuan malam tadi juga menandakan kemunculan semula Manchester United ke Malaysia sejak kali terakhir pada jelajah pramusim 2009, apabila mereka menewaskan Malaysia XI 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di venue sama.

Manchester United, yang menamatkan saingan EPL di tangga ke-15 dengan hanya 42 mata, akan meneruskan siri jelajah pasca musim mereka ke Hong Kong, Jumaat ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This