Kerajaan tegas tolak usaha normalisasi budaya songsang – Mohd Na’im

Dari Penulis

KERAJAAN menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) sama ada secara halus atau terbuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan serta berpegang kepada nilai budaya timur yang luhur, sebarang bentuk usaha yang dilihat cuba menormalisasikan gaya hidup songsang adalah bertentangan dengan asas Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada dan dasar rasmi kerajaan.

“Saya memandang serius laporan berkenaan penganjuran program bertemakan Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness yang didakwa bertujuan meraikan Pride Month seperti yang tular melalui platform media sosial baru-baru ini.

“Tindakan penganjuran program sebegini, walaupun bersifat tertutup, jelas mencabar norma masyarakat serta nilai agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik Mufti Wilayah Persekutuan

Sehubungan itu, Mohd Na’im menyarankan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia agar segera menjalankan siasatan terhadap penganjuran program tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat pelanggaran undang-undang.

Beliau turut menggesa pihak penganjur menghentikan serta-merta sebarang aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan nilai moral masyarakat.

“Agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri turut diseru untuk bersedia memainkan peranan penguatkuasaan khususnya jika melibatkan penyertaan umat Islam,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Na’im menyeru semua pihak untuk bersama-sama mempertahankan struktur sosial dan moral masyarakat di Malaysia daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan akidah, akhlak serta keharmonian negara.

“Kerajaan MADANI akan terus menjunjung prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara demi memelihara agama, akhlak dan maruah umat,” katanya sambil menambah budaya songsang tidak akan pernah menjadi norma di bumi Malaysia.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This