Premier Integrated Rehab sambut ulang tahun ke-25 dengan identiti jenama baharu

Dari Penulis

PREMIER Integrated Rehab (PIR) dahulunya dikenali sebagai Pantai Integrated Rehab, telah melancarkan identiti jenama baharu bersempena dengan ulang tahun ke-25.

Identiti ini menandakan evolusi PIR dalam IHH Healthcare Malaysia, penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka dengan rangkaian terintegrasi 18 hospital.

Antaranya termasuk Gleneagles Hospitals, Island Hospital, Pantai Hospitals, Prince Court Medical Centre dan Timberland Medical Centre, disokong oleh perkhidmatan tambahan seperti Premier Integrated Labs.

Ditubuhkan pada tahun 2000, PIR telah membina lebih 20 pusat di seluruh negara, menawarkan fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan yang disampaikan oleh Profesional Kesihatan Bersekutu yang berdaftar.

Setiap pengamalnya menjalani proses kelayakan, penilaian kompetensi dan pengiktirafan klinikal untuk memastikan perawatan yang selamat selaras dengan rangka kerja tadbir urus klinikal IHH.

Ketua Ambulatori, Kesihatan Bersekutu & Perkhidmatan Sokongan, IHH Healthcare Malaysia, Hareeff Muhammed berkata, selama 25 tahun, PIR telah membina perkhidmatan yang menyokong masyarakat melalui pelbagai fasa pemulihan.

“Penjenamaan semula ini menandakan niat kami untuk terus berkembang bersama landskap penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pendekatan PIR terhadap perawatan disusun mengikut model pemulihan berasaskan nilai.

Baca artikel lain: Lebih 222kg syabu bernilai RM7.1 juta dalam gudang simpanan kereta dirampas

Ini merangkumi amalan klinikal perubatan berasaskan bukti, pengukuran pencapaian hasil perawatan, penggunaan sumber yang cekap dan pembuatan keputusan bersama dengan pesakit.

Model ini menyokong arah tuju Kertas Putih Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai transformasi penjagaan kesihatan, yang menekankan kualiti, kebolehcapaian dan hasil jangka panjang.

Sebagai sebahagian daripada strategi inovasinya, PIR telah memperkenalkan TheraGo, perkhidmatan pemulihan mudah alih yang direka untuk membawa penjagaan dan perawatan terus ke tempat kerja.

Selain penjagaan klinikal, PIR memperluaskan jangkauannya melalui kerjasama komuniti, kerjasama universiti awam dan program outreach, terutamanya di kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan pemulihan semakin meningkat, PIR mengundang kerjasama pengamal klinikal, syarikat insurans, korporat dan pembuat dasar untuk memperkukuhkan ekosistem rawatan pemulihan.

Hareeff berkata: “Kami percaya pemulihan boleh memainkan peranan yang lebih kuat dalam hasil kesihatan.

“Dengan bekerjasama, kita dapat meningkatkan akses, konsistensi dan kesinambungan dalam perawatan pemulihan.”

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This