AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan bahawa, tiada sebarang penglibatan pegawainya dalam kegiatan penipuan Pesanan Kerajaan (LO) sebagaimana aduan yang diterima, baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menjelaskan, Maritim Malaysia tidak pernah melantik mana-mana pihak secara tidak rasmi untuk urusan pembekalan tanpa melalui prosedur yang sah dan ditetapkan oleh kerajaan.
Sehubungan itu, tegasnya, orang ramai dan para pembekal diingatkan agar berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan LO yang mencurigakan.
“Sebarang dokumen LO yang diterima hendaklah disemak dan disahkan terlebih dahulu dengan pihak Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Bunuh, culik dan samun, ini wajah 14 orang dikehendaki polis
Sekiranya terdapat sebarang cubaan penipuan atau penggunaan nama pegawai Maritim Malaysia tanpa kebenaran, sila laporkan segera kepada pihak berkuasa atau hubungi talian kecemasan 999.
Orang ramai juga dinasihatkan agar melayari portal rasmi Maritim Malaysia di www.mmea.gov.my dan akaun media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini agensi ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

