JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang sijil halal

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap pemegang sijil halal di seluruh negara.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan tiada pelanggaran syarat dilakukan pemegang sijil terbabit.

“Dalam konteks pemantauan dan penguatkuasaan, kita (JAKIM) bekerjasama erat dengan KPDN kerana akta perihal dagangan atau perintah perihal dagangan itu ada bersama mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan JAKIM di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) milik dua hotel di Banda Hilir selepas didapati menganjurkan parti arak, dua minggu lepas.

Sirajuddin berkata, JAKIM memandang serius insiden yang berlaku di Melaka dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kes membabitkan penyalahgunaan sijil halal di negara ini.

Baca artikel lain: Ambil serius isu penarikan sijil halal dua hotel lima bintang di Melaka

“Setiap (Jabatan Agama Islam) negeri juga (disaran) melaksanakan operasi sama untuk membuat pemantauan dan memastikan supaya perkara sebegini tidak berlaku dalam kalangan pemegang sijil halal.

“Kita juga menyantuni apa yang telah dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar supaya mereka yang mempunyai atau mendapat sijil halal tidak melakukan sesuatu di luar batasan dan bercanggah dengan kehendak syarat,” katanya.

Mengenai pengeluaran sijil halal, beliau berkata pihaknya komited memastikan segala proses pengeluaran sijil berkenaan dapat dipertingkatkan serta dipercepat bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat.

“Insya-Allah, kita yakin akan pertingkatkan bukan sahaja bilangan yang diluluskan, malah tempoh masa yang diambil itu akan dapat diringkaskan … setakat ini, yang paling (cepat) seminggu (sijil halal diluluskan),” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari bertujuan merancakkan industri halal negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This